Pelajar sekolah dapat kunci pendua elak motosikal dicuri


ABDUL AZIZ (kanan) melihat kunci pendua yang diagihkan kepada pelajar di pekarangan Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah 1, Tanah Merah, Kelantan baru-baru ini.


CEGAH JENAYAH. Seramai 100 pelajar dari dua sekolah menengah di Tanah Merah, Kelantan yang memiliki lesen menunggang motosikal, menerima kunci pendua sumbangan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada program pencegahan jenayah yang diadakan di pekarangan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanah Merah 1 baru-baru ini.

Program anjuran Ibu Pejabat Polis Daerah Tanah Merah itu disempurnakan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Abdul Aziz Mahmud.

Turut hadir timbalannya, Asisten Superintendan Mohd.Fadzir Manaf dan Guru Besar SMK Tanah Merah 1, Rohani Dolah.

Abdul Aziz berkata, seramai 40 pelajar SMK Tanah Merah 1 dan 60 pelajar SMK Tanah Merah 2 yang terpilih sebagai penunggang contoh, menerima kunci pendua tersebut bagi mengelakkan motosikal mereka dicuri.