Malakoff anjur program sosial korporat di sekolah

SUKARELAWAN Malakoff (berdiri, barisan belakang) bersama sebahagian guru dan murid SK Segari yang terlibat dalam Program Melentur Buluh di Lumut, Perak baru-baru ini.


KERJA SOSIAL. Syarikat penjana tenaga bebas, Malakoff Corporation Berhad (Malakoff) telah menganjurkan Program Melentur Buluh di Sekolah Kebangsaan (SK) Segari, Lumut, Perak baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Malakoff, Zainal Abidin Jalil berkata, program tanggungjawab sosial korporat tersebut melibatkan seramai 96 pelajar sekolah.

Beliau berkata, kakitangan Malakoff bergotong-royong menaik taraf dan menceriakan perpustakaan di sekolah tersebut bagi menggalakkan minat membaca dalam kalangan murid-murid.

"Sebagai salah sebuah daripada 10 sekolah angkat Malakoff, pengurusan SK Segari turut menerima bantuan kewangan tahunan sebanyak RM200,000 bagi menjalankan aktiviti peningkatan pencapaian akademik," katanya.