Pemandu van mati ditembak

31/07/2013 6:30pm

PARIT BUNTAR - Seorang pemandu van, N. Jeevandran, 26, mati ditembak ketika memberhentikan motosikalnya di satu persimpangan di Jalan Permai Utama berdekatan Pejabat Pendidikan Daerah Kerian di sini pagi tadi.

Jeevandran yang ditembak sebanyak tiga kali maut ditempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada bahagian kiri perut dan bawah pinggang.


ANGGOTA polis memeriksa mayat N.Jeevenran yang mati ditembak ketika menaiki motorsikal di Parit Buntar di sini hari ini.


Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan berkata, mangsa yang mempunyai lima rekod jenayah lampau dan baharu selepas menjalani hukuman di Kelantan dipercayai ditembak dari jarak dekat.

“Suspek terus melarikan diri namun kejadian disedari orang awam yang terdengar letupan senjata berkenaan,” katanya. - KOSMO!