Hajat berbuka tidak kesampaian


ANGGOTA bomba melakukan operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit.


SRI AMAN Perjalanan enam staf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Sarawak termasuk tiga wanita bagi menghadiri program berbuka puasa di Betong bertukar tragedi apabila empat daripada mereka terbunuh selepas kenderaan yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di sini semalam

Kejadian pada pukul 3.30 petang di Skrang itu menyebabkan dua penumpang lain cedera termasuk seorang daripadanya kritikal.

Mangsa yang maut ialah Penolong Pengarah Jakim negeri, Ibrahim Hailee, 35; Harliani Hanan, 29; Halimah Hamrie, 30, dan Qurratu Aini Rolfandy, 23.

Keempat-empat mereka meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di badan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.