Tiga saudara lemas, dua lagi terselamat

11/08/2013 9:02pm

SEPANG - Kegembiraan lima saudara mandi manda di pantai Bagan Lalang, di sini semalam berakhir dengan tragedi apabila tiga daripada mereka mati lemas manakala dua lagi berjaya diselamatkan.

Dalam kejadian 4 petang semalam, lima saudara itu sedang mandi manda di tepi

pantai apabila dipercayai terperangkap berikutan air laut pasang.

Penolong Penguasa Bomba Zon KLIA, Akmal Azizi Elias berkata, mayat

S. Mariayee, 59, ditemui di tepi pantai bersama seorang lagi saudaranya yang terselamat.

Mayat K. Saresh, 15, ditemui pasukan bomba dan penyelamat pukul 11.30 pagi tadi manakala mayat R. Sivaneswaran, 30, ditemui 2.45 petang ini.

"Semua mayat telah dibawa ke Hospital Seremban untuk dibedah siasat,"

katanya kepada pemberita di sini hari ini

Akmal Azizi berkata, dua yang terselamat iaitu seorang lelaki berusia 19

tahun dan seorang wanita berusia 21 tahun kini berada dalam keadaan stabil.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.40 petang

semalam dan tiba di tempat kejadian 20 minit kemudian bagi menggerakkan operasi

mencari dan menyelamat yang disertai Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam dan Rela. - Bernama