Taraf PR pemilik resort dilucut

SYED AHMAD (kiri) yang dilucut status pemastautin tetap Malaysia.


KUALA LUMPUR – Taraf pemastautin tetap (PR) pemilik resort Kampung Sedili Besar di Kota Tinggi, Johor dilucutkan serta-merta ekoran sikap lelaki kelahiran Singapura itu yang tidak menghormati sensitiviti umat Islam di negara ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, ini merupakan kali pertama kerajaan mengambil tindakan yang sebegitu tegas.

“Tindakan ini dibuat selepas kementerian melalui Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) membuat kajian mendalam terhadap pemilik resort itu, pasal taraf pemastautin tetap ini hanyalah satu kemudahan yang diberikan kerajaan Malaysia dan bukan satu bentuk keistimewaan,” kata beliau kepada pemberita pada majlis sambutan Aidilfitri Persatuan Pengasih di sini semalam.

Pada 10 Ogos lalu, lelaki bernama Syed Ahmad Syed Salim Alkaff, 45, yang merupakan pemilik sebuah resort di Sedili Besar membenarkan surau di resort berkenaan digunakan untuk upacara keagamaan bagi sekumpulan penganut Buddha.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.