Tiga kerabat Diraja parah, seorang maut


ANGGOTA bomba mengeluarkan salah seorang mangsa yang terlibat dalam kemalangan di Gua Musang semalam.


GUA MUSANG Tiga kerabat Istana Kelantan yang juga dua pupu Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V parah selepas kenderaan dinaiki terbabit dalam kemalangan yang turut membabitkan seorang maut di Kilometer 25.9 Jalan Gua Musang-Kuala Krai, Bukit Sejuk, Gua Musang di sini pada pukul 7.30 pagi semalam.

Kemalangan yang membabitkan empat kenderaan itu berlaku selepas kereta Proton Saga dinaiki ketiga-tiga mereka iaitu Tengku Ibrahim Farihaddin Tengku Feissel, 38, dan dua adiknya, Tengku Fatimah Ainura, 34, serta Tengku Farini Amelina, 26, dipercayai hilang kawalan sehingga bertembung dengan tiga kenderaan sebelum terjunam ke dalam gaung sedalam kira-kira tiga meter.

Seorang daripada tiga kerabat itu dikatakan tercampak keluar dari kenderaan. Ketiga-tiga mereka merupakan anak kepada Tengku Feissal Sultan Ibrahim yang juga sepupu ayahanda Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.