Batalkan konsert Lamb of God pada 28 September ini

YAN - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom meminta pihak bertanggungjawab mengambil tindakan segera membatalkan konsert kumpulan heavy metal Lamb of God yang dijadual membuat persembahan di Kuala Lumpur pada 28 September ini.

Katanya, tindakan itu perlu kerana banyak pihak bimbang terhadap kemungkinan merebaknya masalah moral dan keruntuhan akhlak khususnya dalam kalangan remaja berdasarkan latar belakang dan genre muzik yang dibawa oleh kumpulan terbabit.

"Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah mengeluarkan kenyataan membantah kemasukan kumpulan tersebut.

"Kita bersetuju dengan kenyataan itu agar pihak berwajib menimbangkannya kerana perkara seumpama itu perlu kita elak daripada dibawa masuk ke dalam masyarakat," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan santai dan bersarapan pagi dengan masyarakat setempat di pekan Sungai Limau di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.