Bakar arang untuk bunuh anak


MAYAT Mabel yang mati sejak tujuh hari lalu akibat terhidu asap arang diusung keluar dari rumahnya di Petaling Jaya, Selangor semalam.


PETALING JAYA Sepasang suami isteri yang tertekan dengan masalah kewangan bertindak di luar jangkaan apabila membuat tiga percubaan membunuh diri yang akhirnya membawa kepada kematian menyayat hati ke atas anak perempuan mereka di Blok D, Sri Manja Square di sini semalam.

Mayat Mabel Hiew Mun, 5, yang disyaki telah mati tujuh hari lalu ditemui dalam keadaan mula mereput dan berbau busuk pada pukul 9 pagi oleh seorang ibu rakan sekolah tadika mangsa.

Mangsa merupakan pelajar Tadika Jin Ying yang terletak kira-kira tiga kilometer dari rumahnya.

Ibu rakan sekolahnya bertindak demikian selepas merasa pelik apabila mendapati mangsa tidak hadir sejak lima hari lalu manakala ibu kanak-kanak itu pula gagal dihubungi.

Wanita itu berada di rumah ketika mayat mangsa ditemui.

Mangsa dikatakan mati selepas lemas akibat terhidu asap arang yang dibakar pasangan tersebut di dalam bilik tidur utama.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.