Jabatan zakat dan JKM Kedah hulur sumbangan


TAJUL URUS (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan wang zakat dan baucar buku di Sungai Petani, Kedah baru-baru ini.


PRIHATIN. Jabatan Zakat Negeri Kedah dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Kedah menghulurkan sumbangan wang zakat, baucar buku dan basikal kepada pelajar sekolah di daerah Kuala Muda/Yan, Kedah baru-baru ini.

Setiap sekolah menerima wang zakat RM5,000 daripada agensi itu, manakala 100 pelajar menerima basikal sumbangan JKM.

Sumbangan disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya Negeri Kedah, Datuk Tajul Urus Mat Zain.

Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Muda/Yan, Abdul Razak Mat berkata, langkah yang diambil oleh kedua-dua agensi tersebut bertujuan meringankan beban golongan miskin.