Malaysia destinasi pelaburan


NAJIB (kiri) menerima prospektus IPO Westports Holding Bhd. daripada Gnanalingam pada majlis pelancaran prospektus syarikat itu di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Malaysia kekal sebagai destinasi pelaburan pilihan berdasarkan kewujudan syarikat berkualiti, rangka kerja kawal aturan pasaran modal yang baik, perundangan kukuh bagi melindungi pelabur dan kerajaan yang komited terhadap pertumbuhan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Semua faktor ini meletakkan kita dalam kedudukan yang baik, bukan sahaja menarik pelaburan masa hadapan, malah menyediakan objektif yang lebih baik untuk menjadi negara maju menjelang 2020,” katanya pada majlis pelancaran prospektus tawaran awam permulaan (IPO) Westports Holdings Bhd. semalam.

Turut hadir ialah Pengerusi Eksekutif Westports, Tan Sri G. Gnanalingam dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Ruben Gnanalingam.

Beliau berkata, pendekatan usaha sama awam-swasta dibangunkan bagi mengurangkan beban pentadbiran dan kewangan kerajaan, dan kewujudannya dalam ekonomi membolehkan kuasa pasaran merangsang aktiviti ekonomi serta usaha sama sektor swasta untuk meningkatkan kecekapan dan produktiviti.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.