35 peserta bantu bersihkan dasar laut

PARA peserta bergambar kenangan selepas berjaya mengutip 542.9 kilogram sampah dari dasar laut Pulau Billean dan Tegaipin di Sandakan, Sabah baru-baru ini.


TANGGUNGJAWAB. Seramai 35 peserta menyertai Program Pembersihan Dasar Laut di Pulau Billean dan Tegaipin yang merangkumi kawasan Pulau Pemuliharaan Marin Sugud (MMEA) di Beluran, Sandakan, Sabah baru-baru ini.

Kesemua peserta tersebut terdiri daripada kakitangan agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri itu.

Antara yang terlibat ialah kakitangan Pusat Penyelidikan Danau Gurang (DGFC), Jabatan Hidupan Liar Sabah (JHLS), Agensi Penguat kuasa Maritim Malaysia (APMM) dan Lankayan Island Dive Resort.

Pengarah program, Radzi Abdul Kadir berkata, sebanyak 542.9 kilogram sampah dari dasar laut berjaya dikutip sepanjang program tersebut dijalankan.