Nyaris maut dilanggar bapa


MOHD. FARISH


KUALA TERENGGANU – Nyawa seorang bayi lelaki berusia setahun empat bulan masih panjang apabila dia hanya luka di badan selepas dilanggar sebuah kereta yang sedang diundur bapanya semalam.

Kejadian pada pukul 9 pagi di Kampung Kemat Hulu Terengganu di sini berlaku ketika bapa bayi itu, Mohd. Farish Hakimi Mohd. Faizal sedang mengundurkan kereta Perodua Viva miliknya.

Cerita bapa mangsa, Mohd. Faizal Ibrahim, 31, ketika kejadian, dia yang pulang beraya di kampung mertuanya mahu pergi ke kedai sementara menunggu isterinya bersiap untuk balik ke rumah mereka di Kampung Wakaf Mempelam di sini.

“Mohd. Farish beria-ia masuk ke dalam kereta untuk mengikut saya ke kedai.

“Saya terpaksa ambil dia dan meletakkannya semula di atas beranda tempat dia bermain. Saya lakukan perkara sama sebanyak tiga kali,” katanya ketika ditemui di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini.

Menurut lelaki itu, dia kemudian masuk semula ke dalam kereta selepas yakin anak kedua daripada tiga beradik tersebut berada di dalam rumah.

Jelas Mohd. Faizal, dia hanya menyedari mangsa dilanggar apabila terasa seperti terlanggar sesuatu objek ketika sedang mengundurkan kereta Perodua Viva itu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.