Kulit berseri umpama warna sakura


PENGURUS Produk Kumpulan Garnier, Frederick Ng memberikan penjelasan kepada orang ramai mengenai rangkaian produk Garnier Sakura White.


KECANTIKAN bunga sakura membuatkan ramai yang sanggup ke Jepun untuk menyaksikannya dengan mata sendiri.

Bayangkan, jika anda mampu memiliki kulit putih kemerahan bak sakura yang menjadi dambaan setiap wanita.

Ia bukan sesuatu yang mustahil kerana Garnier kini tampil dengan produk penjagaan kecantikan kulit baharu iaitu Garnier Sakura White.

Garnier Sakura White merupakan hasil inspirasi daripada keindahan dan kecantikan bunga sakura yang mekar selama tujuh hari dalam setahun.

“Bunga sakura sangat mempesonakan dan cantik kerana rona merah jambu lembut menggambarkan kelembutan, kehalusan dan penampilan yang berseri.

“Ciri-ciri tersebut merupakan kualiti yang boleh diguna pakai bagi menggambarkan kulit yang menjadi idaman setiap wanita,” kata Pengarah Pemasaran Garnier, Christina Low.

Tambahnya, penampilan kulit yang sihat bermula dari dalam diri. Kini, dengan menggunakan Garnier Sakura White, wanita mempunyai akses kepada bahan unik yang berfungsi untuk memberikan warna merah jambu pada kulit mereka iaitu ekstrak bunga sakura.

Ekstrak bunga sakura dan vitamin B3 yang diformulasikan di dalam Garnier Sakura White memberi kesan yang mendalam.

Ia secara perlahan-lahan memberi khasiat dan mengecilkan pori sekali gus menyerlahkan warna merah jambu pada kulit.

Garnier Sakura White juga membantu mengurangkan sintesis melanin, menghalang kulit menjadi gelap, memperbaiki tekstur kulit dan pada masa yang sama memberikan keselesaan pada kulit.

Hasilnya, kulit menjadi lembap dan licin walaupun pada sapuan pertama. Penggunaan Garnier Sakura White setiap hari membantu menyerlahkan seri kulit.

Dalam tempoh empat minggu, kulit akan menjadi merah jambu sebanyak 60 peratus. Formula yang terkandung di dalam Garnier Sakura White juga sesuai digunakan oleh mereka yang mengalami masalah kulit sensitif.

“Berpandukan falsafah Take Care, Garnier percaya bahawa setiap orang memiliki kecantikan semula jadi.

“Di Garnier, kami berbangga kerana dapat meningkatkan kecantikan dengan menawarkan produk yang membantu menjaga kulit anda dan seterusnya memberikan keyakinan serta kebahagiaan kepada anda,” ujarnya pada majlis pelancaran produk Garnier Sakura White di ibu negara baru-baru ini.

Inovatif

Menurut Christina, Garnier Sakura White merupakan salah satu daripada rangkaian penjagaan kulit inovatif yang membantu wanita memperoleh kecantikan yang diingini.

“Menggunakan alam semula jadi sebagai inspirasi dan bahan-bahan aktif semula jadi terpilih merupakan rahsia keberkesanan penjagaan kulit sihat.

Garnier Sakura White terdiri daripada tiga produk iaitu Sakura White Pinkish Radiance Gentle Cleansing Foam (RM6.90 bagi 50 mililiter (ml) dan RM12.90 bagi 100 ml), Sakura White Pinkish Radiance Moisturizing Cream SPF21/PA+++ (RM24.90 untuk 50ml) dan Sakura White Pinkish Radiance Intensive Whitening Mask with Sakura Ekstrak, RM9.90.

Rangkaian produk tersebut kini boleh didapati di pasar-pasar raya utama di seluruh negara. Maklumat lanjut mengenai produk Garnier Sakura White boleh didapati di www.facebook.com/GarnierMalaysia.