Program kepimpinan untuk belia Felda dari tiga negeri


SEBAHAGIAN peserta mendengar ceramah kepimpinan program Bina Insan Generasi Y Cemerlang Zon Selatan di Pusat Latihan dan Rekreasi Felcra Tebing Tinggi, Segamat, Johor baru-baru ini.


LATIHAN KEPIMPINAN. Seramai 50 belia Felda dari Johor, Negeri Sembilan dan Melaka diberi pendedahan tentang aspek kepimpinan pada program Bina Insan Generasi Y Cemerlang Zon Selatan di Pusat Latihan dan Rekreasi Felcra Tebing Tinggi, Segamat, Johor baru-baru ini.

Presiden Majlis Belia Felda, Anuar Abdul Manap berkata, generasi baharu Felda digalakkan secara berterusan untuk mencari ilmu dan bergerak aktif dalam persatuan.

"Pihak pentadbiran Felda dan Majlis Belia Felda juga mengalakkan golongan belia Felda menonjolkan bakat mereka dalam pelbagai bidang termasuk kepimpinan," katanya.