Konvoi bantu etnik Rohingya

AHMAD SANI (dua dari kiri) dan Azmi (tiga dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang kanak-kanak Rohingya di Masjid Padang Temusu, Sungai Petani, Kedah baru-baru ini.


KONVOI AMAL. Sebanyak 20 ahli Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) mengadakan konvoi ke Myanmar bagi membawa pelbagai bantuan perubatan dan makanan untuk diagihkan kepada masyarakat Islam etnik Rohingya di negara itu baru-baru ini.

Setiausaha Agung Mapim, Azmi Abd. Hamid berkata, sumbangan bantuan itu perlu bagi membantu orang Islam di negara berkenaan yang kekurangan bekalan makanan akibat penindasan etnik.

Katanya, konvoi tersebut turut singgah di Sungai Petani, Kedah untuk menyerahkan sumbangan barangan dapur kepada sekumpulan etnik Rohingya yang menetap di situ.

Bantuan disediakan oleh Araby Group dan disampaikan pengarahnya, Ahmad Sani Abdul Halim Araby.