Wanita ditemui mati tertiarap di lorong pejalan kaki

09/11/2013 7:28pm

KUALA LUMPUR - Seorang wanita dipercayai rakyat Indonesia ditemui mati di lorong pejalan kaki, berhadapan stesen Petronas di Jalan Bangsar, hari ini.

Mayat wanita yang hanya dikenali sebagai Juhiriyah, 40-an, ditemui dalam

keadaan tertiarap oleh orang awam yang melalui kawasan itu tengah hari ini.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Muhammad Azlee Abdullah berkata, berdasarkan keadaan mayat, polis percaya wanita itu mati sejak tiga hari lepas.

"Polis menemui beg tangan mangsa berhampiran mayat itu," katanya ketika

ditemui pemberita di tempat kejadian hari ini.

Polis meminta orang ramai yang kehilangan anggota keluarga atau rakan atau

yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. - Bernama