Persembahan qasidah jadi tumpuan di Surau Al-Hijrah


AHLI Kumpulan Hidayah memperdengarkan qasidah pada Malam Mahabbah Rasul sempena sambulan Maal Hijrah 1435 di Sepang, Selangor baru-baru ini.


BERSEMANGAT. Persembahan qasidah mewarnai Malam Mahabbah Rasul sempena sambutan Ma'al Hijrah 1435 di Surau Al-Hijrah, Desa Pinggiran Putra (DPP) Fasa 1, Sepang, Selangor baru-baru ini.

Persembahan oleh Kumpulan Al-Hidayah dari Kuala Terengganu, Terengganu yang dianggotai kira-kira 15 anak muda berjaya menarik minat para hadirin untuk menghayatinya walaupun persembahan tersebut berlangsung kira-kira satu setengah jam.

Antara lagu yang diperdengarkan ialah Ya Hanana yang begitu popular dalam kalangan lagu-lagu qasidah ketika ini.

Turut diadakan sempena majlis tersebut ialah ceramah agama berkaitan Ma'al Hijrah yang disampaikan oleh Ustaz Mustafa Kamal Hamzah, salah seorang ahli panel program Tanyalah Ustaz dan Halaqah di TV9.