Lompatan emas Zaki Sadri sukar dilupa


MOHD. ZAKI bersama isteri, Nur Atiqah Abdullah dan anak mereka, Aniq Zikry.


KELIBAT Mohd. Zaki Sadri, 47 sering kali dilihat di sekitar Kemasik dan Kerteh, Kemaman, Terengganu selepas tidak lagi bergelar atlet lompat jauh dan lompat kijang yang pernah meraih lapan pingat emas sepanjang menyertai temasya Sukan SEA.

Figura tinggi lampai ini masih kelihatan tegap, malah kecintaannya terhadap bidang sukan yang pernah melonjakkan namanya sekitar penghujung 80-an dan 90-an juga masih menebal dalam diri.

LOMPATAN emas Mohd. Zaki semasa menyertai Sukan SEA di Jakarta, Indonesia pada 1997.


Sesuai peningkatan usia, jaguh itu melalui fasa baharu dengan bekerja sebagai Penyelaras Sukan Jabatan Korporat Petronas Pantai Timur di Kemaman, Terengganu sejak tahun 2001.

Karier baharunya itu, bagaimanapun tidak jauh menyimpang dalam bidang yang diminati malah ketika ini dia banyak menyumbang ilmu melatih jurulatih untuk sukan olahraga Terengganu.

Perkhidmatannya di Terengganu turut membantu pasukan Pantai Timur itu melonjak prestasi dalam temasya Sukan Malaysia (Sukma).

"Saya merupakan salah seorang yang terlibat dalam projek tersebut. Sejak itu saya melihat prestasi Terengganu dan sukan olahraga semakin meningkat," katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.