Band Metallica buat persembahan di Antartika


KUBAH lut sinar yang menjadi lokasi Metallica membuat persembahan.


BUENOS AIRES - Band rock Metallica membuat persembahan di Antartika di hadapan kira-kira 100 orang pada malam Ahad lalu.

Ekoran persembahan tersebut, band dari Amerika Syarikat itu telah mengadakan konsert di tujuh buah benua di bumi.

Dalam persembahan itu, anggota-anggota Metallica membuat konsert di dalam sebuah kubah lut sinar di Pangkalan Carlini milik Argentina di Antartika.

Penyanyi utama Metallica, James Hetfield bertanya kepada penonton sama ada mereka telah bersedia untuk mencipta sejarah dengan menonton persembahan bandnya.

"Kami juga sama seperti anda," kata Hetfield sebelum bandnya membuat persembahan.

Kubah itu mengelakkan anggota-anggota Metallica dan penonton daripada terdedah kepada suhu sejuk melampau.

Turut menyaksikan persembahan itu ialah beberapa saintis yang memakai fon telinga.

Metallica bukannya satu-satunya band yang pernah membuat persemba- han di Antartika.

Pada tahun 2007, sebuah band indie, Nunatak pernah membuat persembahan di benua itu. - AFP