Konsert meriahkan Tahun Baru 2014


SEBAHAGIAN daripada pengunjung yang hadir pada Konsert Ambang Tahun Baru 2013 anjuran AmBank dan Perbadanan Putrajaya di Putrajaya tahun lalu.


KUALA LUMPUR - Kedatangan Tahun Baru 2014 akan dimeriahkan dengan pelbagai acara menarik termasuk persembahan konsert di seluruh negara.

Di Lembah Klang, empat konsert diadakan termasuk Konsert Ambang Tahun Baru 2014 anjuran AmBank yang akan diadakan di Dataran Putrajaya, Presint 3, Putrajaya malam ini.

Pengerusi Kumpulan AmBank Malaysia, Tan Sri Azman Hashim berkata, konsert anjuran bersama Perbadanan Putrajaya berkonsepkan '1Malaysia dan Muhibah' itu menampilkan beberapa artis terkenal seperti Datuk M. Nasir, Datuk Hattan, Datuk Jamal Abdillah, Ella, Soo Wincci, Rabbit Mac dan Mista G.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.