Pelakon Nisha Dirr selamat bertunang


NISHA DIRR bersama Edi Khushairy di Pusat Konvensyen Sime Darby, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Selepas tiga tahun menjalin hubungan, pelakon Nisha Dirr, 30, akhirnya selamat melangsungkan pertunangan dengan Edi Khusyairi Ab. Kadir, 34, di Pusat Konvensyen Sime Darby di sini semalam.

Pada majlis itu, Nisha Dirr atau nama sebenarnya, Nik Shahri’ah Nik Dir menerima sebentuk cincin emas putih yang disarungkan bakal mertuanya, Datin Norizan Abd. Manaf.

Nisha Dirr berkata, walaupun dia dan Edi merancang tarikh pertunangan tersebut kira-kira dua minggu lalu, namun kesudian beberapa pihak yang ingin memberikan tajaan membantu melancarkan majlis yang berlangsung secara sederhana itu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.