Khairul Fahmi, Nik Shahrul Azim ikat kontrak lima tahun bersama TRW

07/01/2014 10:11pm

KOTA BHARU - Pasukan Liga Malaysia terpaksa melupakan hasrat untuk mendapatkan khidmat penjaga gol kebangsaan Khairul Fahmi Che Mat

dan pemain pertahanan 'The Red Warriors' (TRW), Nik Shahrul Azim Ab Halim untuk tempoh lima tahun akan datang.

Ini berikutan kedua-dua pemain tersebut telah menandatangani kontrak selama lima tahun dengan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mulai musim Liga Malaysia tahun ini.

Selain itu, kapten TRW, Mohd. Badri Mohd. Radzi turut menandatangani kontrak selama dua tahun dan pemain sayap, Zairul Fitree Ishak selama tiga tahun.

Ketua Pegawai Eksekutif TRW Sdn. Bhd., Kevin Ramalingam berkata, tempoh kontrak tersebut adalah penting bagi persatuan itu terus memberi komitmen kepada pemain-pemain TRW.

"Setiap pasukan mempunyai strategi yang tersendiri dan banyak di antara

pasukan, kurang memberikan komitmen kepada pemain- pemain mereka sehingga menyebabkan pemain memberi persembahan kurang memberangsangkan," katanya pada sidang akhbar di sini. - Bernama