Pasangan pengantin diarak naik pembajak sawah

NORSHAFARIZA dan Mohd. Fahmi diarak menaiki pembajak sawah di Kampung Rantau Panjang, Kota Aur, Kepala Batas, Pulau Pinang baru-baru ini.


UNIK. Mencari kelainan dalam perkahwinan, pasangan Mohd. Fahmi Fazim, 22, dan Norshafariza Abdul Rani, 22, memilih untuk diarak dengan jentera pembajak sawah di Kampung Rantau Panjang, Kota Aur, Kepala Batas, Pulau Pinang baru-baru ini.

Menurut Norshafariza, idea berarak menaiki pembajak sawah itu yang turut dihiasi tempat bersanding itu timbul kerana mahukan kelainan sempena majlis bersejarah dia dan suaminya

Pasangan terbabit menaiki pembajak sawah berkenaan sejauh kira-kira 200 meter dari rumah Norshafariza sebelum diarak oleh waris dan ahli keluarga pasangannya yang turut membawa bekas berisi hantaran.

Menurut Norshafariza, dia memilih menggunakan pembajak sawah pada majlis perkahwinan itu memandangkan kampung tersebut merupakan kawasan tanaman padi.