Balu polis terima bantuan Sabati


JAMILAH (empat dari kiri) menyampaikan bantuan sempena Hari Krismas kepada Jabah (empat dari kanan) di Kuching, Sarawak baru-baru ini.


SUMBANGAN. Badan Amal Tenaga Isteri-isteri Sarawak (Sabati) baru-baru ini menghulurkan sumbangan kepada balu anggota polis, Asisten Superintendan Michael Padel yang terkorban semasa Operasi Daulat bagi menghapus pengganas Sulu di Sabah Mac tahun lalu.

Sumbangan tersebut dihulurkan sempena sambutan Hari Krismas di Kuching.

Balu tersebut, Jabah Mingku dan anaknya Macluei Michael menerima bantuan kewangan dan hamper daripada Pengerusi Kebajikan Sabati, Puan Sri Jamilah Anu.

Jamilah berkata, sumbangan berkenaan adalah bagi meringankan beban yang ditanggung Jabah dan anaknya di samping penghargaan terhadap mendiang yang berkorban nyawa memelihara keamanan negara.