Palapes USM raikan ketua jurulatih


OMAR (depan, lima dari kiri) bergambar kenangan dengan pegawai Palapes USM pada majlis meraikan Mustaffa (depan, empat dari kiri) yang lebih lima tahun berkhidmat selaku ketua jurulatih di kampus USM, George Town, Pulau Pinang baru-baru ini.


BERTUKAR. Markas Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Universiti Sains Malaysia (USM) mengadakan majlis meraikan pertukaran ketua jurulatihnya, Mejar Mustaffa Ibrahim di kampus universiti itu di George Town, Pulau Pinang baru-baru ini.

Mustaffa yang memulakan tugasnya di Palapes USM pada tahun 2009 kini bertukar ke Markas Stesen Staf Sungai Petani, Kedah sebagai Pegawai Stesen Staf sejak 1 Januari lalu.

Menurut Mustaffa, warga Palapes USM diseru terus menjaga nama baik pasukan itu selain mengekalkan teras disiplin dan semangat patriotik yang tinggi sebagai pegawai tentera.

Turut hadir pada majlis itu, Naib Canselor USM merangkap Komandan Palapes USM, Kolonel (Kehormat) Datuk Omar Osman, pegawai tetap, pegawai sukarela, jurulatih dan para pegawai kadet.