Maut selepas diseret 43 kilometer

IPOH Seorang operator kilang Proton di bahagian operasi ditemui maut dalam keadaan mengerikan selepas beberapa anggota badannya hancur selepas diseret dipercayai oleh kenderaan berat sejauh 43 kilometer dalam satu kejadian langgar lari di Kilometer (KM) 274.2, Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) berhampiran susur keluar Simpang Pulai di sini semalam.

Dalam kejadian pukul 2.15 pagi itu, sebahagian anggota badan mangsa, Ahmad Mahmud, 25, yang berasal dari Kampung Baru Majidi, Serdang, Kedah turut ditemui di KM317.2, dekat susur keluar Tapah.

Semasa kejadian, mangsa yang masih bujang dalam perjalanan pulang dari kampungnya selepas bercuti sejak Ahad lalu menuju ke tempat kerjanya di Proton City, Tanjung Malim dekat sini dengan menunggang motosikal jenis Honda EX5.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.