PM minta rakyat kekalkan keamanan


NAJIB (empat dari kiri) dan Rosmah (dua dari kanan) bersama Muhyiddin (kiri) dan isteri, Noorainee (kanan), Tiong Lai (tiga dari kiri) menggaul yee sang pada majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran MCA di Wisma MCA, Jalan Ampang, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta rakyat Malaysia pelbagai kaum terus berusaha mengekalkan keharmonian bagi memastikan keamanan negara ini sentiasa terjamin.

Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu menjadikan perayaan seperti Tahun Baru Cina sebagai peringatan betapa mereka beruntung dapat hidup dalam sebuah negara yang aman dan damai.

“Saya harap perayaan ini mengingatkan pada diri kita betapa beruntungnya Malaysia berada dalam keadaan aman dan damai. Saya berharap kita semua akan terus berusaha mengekalkan keadaan ini sampai bila-bila,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran MCA di Wisma MCA di Jalan Ampang di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.