Pertempuran antara kumpulan pro dan antikerajaan menjelang pilihan raya esok

01/02/2014 11:20pm

BANGKOK - Enam orang dilaporkan cedera berikutan pertempuran dekat pejabat daerah Lak Si antara kumpulan antikerajaan yang menentang pilihan raya umum esok dengan kumpulan prokerajaan yang mahukan ia diteruskan.

Pertempuran itu berlaku kerana pemprotes antikerajaan menyekat pintu masuk ke sebuah bangunan yang menyimpan peti dan kertas undi untuk pilihan raya itu.

Seorang daripada yang cedera ialah pemberita akhbar tempatan dalam insiden sekitar 4 petang dan antara sebab utama ialah mercun besar yang dilemparkan ke arah kumpulan antikerajaan.

Ada pihak melaporkan mereka mendengar beberapa tembakan, mengkibatkan anggota polis dan tentera dikejarkan ke kawasan berkenaan.

Berikutan pertempuran itu, Keretapi Negara Thai menghentikan sementara perkhidmatan antara stesen Laksi dan Don Muang demi keselamatan penumpang.

Bagaimanapun, perkhidmatan berjalan semula pada lewat petang. - Bernama