MRSM Pontian guna nama baharu


MOHD. SHAFIE (dua dari kiri) bersama Ahmad (kiri) mencuba sebuah motosikal sempena majlis perasmian MRSM Pontian di Pontian semalam.


PONTIAN - Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pontian ditukar nama kepada MRSM Tun Dr. Ismail sebagai menghargai sumbangan bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal memberitahu, penukaran nama tersebut bagi mengenang jasa Allahyarham yang luas dalam pembangunan, pendidikan dan keselamatan negara.

"Sebelum ini, kita mengabadikan nama tokoh tersohor negara seperti Tun Mustafa bagi MRSM Tawau, Sabah dan Tun Ghafar Baba bagi MRSM Jasin, Melaka. Jadi wajarlah kita abadikan nama Tun Dr. Ismail yang merupakan anak jati kelahiran Pontian untuk MRSM ini," katanya selepas merasmikan MRSM Pontian di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.