Jambatan Kedua Pulau Pinang rasmi dinamakan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah

01/03/2014 10:54pm

BATU MAUNG - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak secara rasminya mengumumkan Jambatan Kedua Pulau Pinang dinamakan sebagai Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah sebentar tadi.

Najib dalam ucapannya berkata, pemberian nama jambatan terpanjang di Asia Tenggara itu selepas mendapat perkenan Yang Dipertuan Agong.

Dalam pada itu, Najib turut memberitahu Jambatan Abdul Halim Mu'adzam Shah itu tidak akan dikenakan tol selama sebulan mulai awal pagi ini.

- KOSMO!