10 sekolah di Semporna terima bantuan komputer


NASIR (belakang tiga dari kanan) bergambar dengan guru sekolah dan pelajar yang menerima sumbangan komputer menerusi program Komputer 1Malaysia di SK Pekan Semporna II, Sabah baru-baru ini.


PRIHATIN. Sebanyak 10 buah sekolah rendah dan menengah sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Senallang, Semporna, Sabah menerima bantuan Komputer 1Malaysia baru-baru ini.

Sekolah terbabit ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Tampi-Tampi, SK Kabogan, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kabogan 1, SMK Kabogan 2 dan SMA Tun Sakaran.

Tidak ketinggalan SMK Datuk Panglima Abdullah, SK Ladang Segaria, SK Bukit Lalang, SK Pekan Semporna dan SK Pekan Semporna II.

Majlis penyampaian dilakukan wakil rakyat Senallang, Datu Seri Nasir Tun Sakaran pada satu majlis di SK Pekan Semporna II.

Beliau yang merupakan Pengerusi Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah berkata, bantuan tersebut adalah bagi memastikan semua pelajar di negeri itu memiliki pengetahuan dalam bidang teknologi dan maklumat.