Perak hanya kutip satu mata

08/03/2014 11:00pm

IPOH - Perak terpaksa berpuas hati dengan mengutip satu mata selepas seri 1-1 menentang PKNS FC dalam perlawanan Liga Super di Stadium Perak di sini malam tadi.

Pemain import dari Brazil, Eliel da Cruz menceriakan kira-kira 10,000 penyokong Seladang apabila berjaya memperoleh gol pertama perlawanan seawal minit keenam.

Gol yang berpunca daripada gerakan cantik pasukan tuan rumah diperoleh selepas pertahanan lawan gagal mengeluarkan bola dari kawasan bahaya dan disudahkan oleh Eliel da Cruz.

Kealpaan benteng skuad The Bos Gaurus menghadiahkan gol penyamaan yang dicari-cari pasukan pelawat menerusi Karlo Primorac pada minit ke-40.

Hantaran silang depan gol daripada kapten pelawat, Mohd. Fauzan tidak disia-siakan Primorac yang dengan tenang menyudahkan gol. - KOSMO!