Perdana Menteri sahkan pesawat belum ditemui


NAJIB melawat waris mangsa pesawat MAS yang hilang daripada radar di KLIA, Sepang semalam.


SEPANG - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak mengesahkan bahawa pesawat MH370 milik Penerbangan Malaysia (MAS) yang terputus hubungan dan hilang daripada radar ketika menuju ke Beijing, China pada pukul 2.40 pagi semalam masih belum ditemui.

Beliau turut mengesahkan bahawa tiada bukti bahawa pesawat Boeing 777-200 itu terhempas, dirampas mahupun diserang pengganas.

"Kita sedang mengkaji segala kemungkinan. Adalah terlalu awal untuk membuat kesimpulan.

"Ada beberapa teori yang hanya akan tinggal sebagai teori melainkan kita mendapat apa-apa bukti yang kukuh," katanya ketika ditanya kemungkinan wujud elemen keganasan menjadi punca tragedi tersebut.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.