Siasat kemungkinan MH370 dirampas - PM

15/03/2014 2:36pm

SEPANG - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pihak berkuasa masih menyiasat kemungkinan pesawat MH370 telah dirampas.

Katanya, pihak berkuasa kini sedang meneliti setiap penumpang dan anak kapal yang mungkin terlibat di atas kehilangan itu. - KOSMO!