NV perkenal enam produk spa terbaharu


SEMPENA ulang tahun ke-20 tahun ini, NV menawarkan enam produk baharu yang didatangkan dalam Set Segar NV dan Set Spa Keperluan NV.


SEMPENA meraikan ulang tahun ke-20, syarikat kecantikan Nouvelles Visages (NV) Sdn. Bhd. menawarkan enam produk spa terbaharu sebagai menghargai pelanggan setianya.

Menurut Pengarah Urusannya, Erni Dekritawati Yuliana Bukhari, produk-produk yang dilancarkan merupakan cetusan idea daripada pelanggannya sendiri.

“Ramai pelanggan yang meminta supaya kami menghasilkan produk-produk spa yang diperbuat daripada pelbagai jenis herba tempatan.

“Ini dapat memberi peluang kepada mereka yang sibuk bekerja memanjakan diri dengan membuat lulur sendiri menggunakan produk itu di rumah,” jelasnya.

Enam produk itu ialah semburan asas badan, losen badan, gel badan, lulur garam, krim badan dan skrub badan.

Bagaimanapun, enam produk itu didatangkan dalam dua set iaitu Set Spa Segar NV untuk mereka yang seharian berada di luar dan Set Spa Keperluan NV bagi suri rumah.

Erni memberitahu, kebanyakan produk yang dihasilkan membantu membersihkan kulit, melembapkan kulit, penyahtoksikan kulit, melangsingkan tubuh, menghaluskan pori dan menghindarkan iritasi.

Dalam pada itu, sempena pengenalan produk, NV turut menawarkan potongan harga sebanyak 50 peratus.

“Harga asal satu set produk spa bernilai RM167. Bagaimanapun, sempena melancarkan produk baharu ini, kami menawarkan harga serendah RM83.50 kepada pelanggan,” ujarnya yang berharap pelanggan berpuas hati dengan formula baharu herba tempatan itu.

Sementara itu, sebagai pelengkap urutan, NV turut memberikan tiga minyak urutan secara percuma yang terdiri daripada minyak urut epal, kesturi dan lavender.

Orang ramai yang berminat boleh membeli secara terus di tiga cawangan di Kampung Baru, Cyberjaya dan Ampang atau membuat pembelian secara dalam talian menerusi laman web serta laman sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram. Untuk maklumat lanjut boleh layari laman rasmi www.nouvelles-visages.com.my atau menghubungi talian 03-2691 5153.