Ali Mamak meninggal dunia

27/03/2014 9:57am

KUALA LUMPUR - Pelakon dan pelawak veteran, Datuk Ali Mamak telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) pada pukul 4.20 pagi tadi akibat komplikasi paru-paru.

Menurut rakan baiknya, pelakon dan pelawak Abon, jenazah akan dibawa ke Hulu Langat, Selangor untuk dikebumikan sebelum Zohor. - KOSMO!