Malaysia lakukan siasatan dalaman

KAPTEN Tim McAlevey mengendalikan pesawat P-3 Orion itu semasa misi mencari pesawat MH370 di selatan Lautan Hindi. - AFP


KUALA LUMPUR - Kerajaan Malaysia telah memulakan siasatan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan tentera bagi memastikan kenapa peluang untuk mengesan serta menjejaki sebuah pesawat Penerbangan Malaysia gagal dilakukan selepas kapal terbang itu hilang pada 8 Mac lalu, kata dua pegawai semalam.

Dalam satu laporan eksklusif agensi berita Reuters yang disiarkan semalam, siasatan dalaman itu dilakukan ketika berlakunya ketegangan berhubung pihak yang sepatutnya bertanggungjawab sama ada tentera atau (DCA) berkaitan tentang kekeliruan maklumat awal serta kesilapan tempat pencarian di Laut China Selatan.

"Apa yang berlaku ketika itu (gagal mengesan pesawat MH370) kini disiasat dan saya tidak boleh menyatakan sebarang maklumat lagi kerana ia melibatkan pihak tentera dan kerajaan," kata seorang pegawai kanan kerajaan kepada Reuters.

Pada satu temu ramah dengan agensi berita itu pada minggu lalu, Ketua Pegawai Eksekutif Penerbangan Malaysia, Ahmad Jauhari Yahya menyatakan, inkuiri dalaman sedang berlangsung.

Pesawat Boeing 777-200ER itu membawa 227 penumpang dan 12 kru semasa ia hilang pada 8 Mac lalu di Laut China Selatan.

Selepas analisis radar tentera dilakukan, pesawat itu berpatah balik dari haluan penerbangan ke China, Beijing.

Misi pencarian pesawat itu kemudian dibuat di selatan Lautan Hindi setetalh pengiraan isyarat 'ping' dibuat satelit Inmarsat dari United Kingdom. - Agensi