9 anggota militan ditangkap




KUALA LUMPUR Seramai sembilan lelaki termasuk ketua kumpulannya yang baru berjinak-jinak dengan aktiviti militan ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan Kanun Keseksaan selepas disyaki merancang melakukan keganasan di dalam dan luar negara.

Ahli kumpulan yang berusia 22 hingga 55 tahun diberkas secara berasingan di sekitar Kedah dan Selangor oleh sepasukan polis Bahagian Anti Keganasan, Cawangan Khas Bukit Aman.

Semasa serbuan pukul 6 pagi hingga 12 tengah hari semalam, ada di antara suspek itu sedang tidur di rumah masing-masing manakala sebahagian lagi ditahan di tempat kerja.

Ketua kumpulan yang berusia 30-an ditahan di Selangor.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.