Konvoi basikal fixie sempena cuti umum


SEBAHAGIAN peserta konvoi berbasikal fixie bergambar kenangan selepas selamat tiba di Port Dickson, Negeri Sembilan baru-baru ini.


RIADAH . Seramai 55 pengayuh basikal fixie mengambil kesempatan sempena Hari Pekerja untuk berkonvoi ke Port Dickson (PD), Negeri Sembilan baru-baru ini.

Kesemua mereka berusia 16 hingga 18 tahun itu terdiri daripada ahli kelab Criders Fixie Seremban, Fixwars Ampangan dan Senawang Crew.

Sesi kayuhan bermula dari Senawang, Seremban melalui Lebuh Raya Seremban-Port Dickson sebelum tiba di Port Dickson pada pukul 1 petang.