Aziz Sattar meninggal dunia


SANDAKIAH menyiram air mawar ke pusara Allahyarham bapanya, Aziz Sattar di Tanah Perkuburan Islam Bandar Tun Hussein Onn, Cheras semalam.


KAJANG Bintang filem legenda, Datuk Aziz Sattar (gambar kecil), 89, yang juga Presiden Persatuan Artis Veteran Malaysia meninggal dunia di Pusat Perubatan KPJ di sini semalam selepas dimasukkan ke hospital itu pada malam Ahad lalu kerana mengalami serangan jantung.

Anak bongsunya, Sandakiah, 46, berkata, bapanya meninggal dunia pada pukul 2 pagi iaitu selepas dua hari menerima rawatan di hospital itu.

Jenazah Allahyarham disempurnakan di Masjid Al-Taqwa di Cheras Perdana dekat sini selepas solat Zuhur.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.