Dua budak mati lemas di tali air


Kiri Qamariah, Khairul


PASIR MAS Keseronokan dua kanak-kanak berusia lapan dan 10 tahun bermain air di sebatang tali air bersama-sama tiga lagi rakan berakhir apabila mereka ditemui mati lemas di Lati, dekat sini petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang itu, mangsa, Nur Qamariah Ahmad Najman, 8, dan Muhammad Khairul Hafifi Mokhtar, 10, bermain air di tali air itu bersama tiga lagi rakan mereka berusia antara tujuh hingga 16 tahun.

Difahamkan, Qamariah dan Khairul kemudian dipercayai tergelincir lalu terjatuh ke dalam tali air sedalam kira-kira tiga meter itu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.