UMK jalin kerjasama dengan universiti Turki


RADUAN (tengah) bergambar bersama Filiz (dua dari kanan) selepas menandatangani MoU program seni warisan dan pendidikan di UMK, Bachok, Kelantan baru-baru ini.


KERJASAMA. Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) dengan Universiti Nevsehir Haci Bektas Veli, Turki bagi mempromosikan seni warisan negara di UMK, Bachok, Kelantan baru-baru ini.

Naib Canselor UMK, Prof. Datuk Raduan Che Ros berkata, menerusi MoU itu, UMK turut menawarkan tajaan biasiswa bagi pengajian di peringkat ijazah sarjana kedoktoran, program pertukaran pelajar dan kakitangan akademik serta beberapa keperluan yang berkaitan.

Turut hadir pada majlis itu ialah Rektor Universiti Nevsehir Haci Bektas Veli, Prof. Dr. Filiz Kilic.

"Kami mengalu-alukan kehadiran pelajar, pengkaji dan penyelidik dari UMK ke universiti kami untuk melanjutkan pengajian dan projek pembangunan pendidikan," kata Filiz.