Kemelong Holdings sumbang beras di Kedah


HUSAINI (kanan) menyampaikan sumbangan beras lima kilogram kepada seorang penduduk tempatan, Teh Mohd Isa di Restoran Lip Pin Sungai Petani, Kedah baru-baru ini.


SUMBANGAN. Syarikat Kemelong Holdings Sdn. Bhd. menyampaikan sumbangan beras kepada 500 penduduk sekitar daerah Kuala Muda, Sungai Petani, Kedah baru-baru ini.

Pengarah Urusannya, Datuk Dr. Husaini Yaakob berkata, sumbangan itu bagi membantu golongan yang memerlukan di daerah itu tanpa mengira latar belakang kaum, agama dan fahaman politik.

"Antara penerima ialah ibu tunggal, orang kelainan upaya dan fakir miskin bagi meringankan beban mereka.

"Program amal ini merupakan tradisi syarikat yang dilakukan sejak setahun lalu," jelasnya.