150 peminat astronomi dunia berkumpul di PD


PEMINAT astronomi menggunakan teleskop untuk merakamkan objek di langit dalam program One Sky di Port Dickson, Negeri Sembilan baru-baru ini.


PENDEDAHAN. Seramai 150 peminat astronomi dari seluruh dunia menyertai program One Sky yang diadakan di Balai Cerap Baitul Hilal, Port Dickson (PD), Negeri Sembilan baru-baru ini.

Program kerjasama antara Majlis Agama Islam Negeri Sembilan dan Falak Online itu adalah yang pertama diadakan dengan Malaysia kali pertama menjadi tuan rumah.

Pengurus Balai Cerap, Ahmad Zaki Hamzah berkata, peserta diberi peluang merakam objek di langit menggunakan teleskop dan dimuat naik ke dalam Facebook atau Google plus dengan menggunakan aplikasi Htex Onesky.

"Melalui cara itu, mereka dapat berkongsi dengan pengguna aplikasi tersebut yang berada di seluruh dunia," katanya.

Antara negara yang menyertai ialah India, Pakistan, Australia, New Zealand, Jepun dan Amerika Syarikat.