Jenazah Adam Ahmad selamat dikebumikan

15/05/2014 10:55am

AMPANG - Jenazah penyanyi dan komposer Adam Ahmad telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Pusara Permai dekat sini pada pukul 10.50 pagi ini.

Adam, yang popular dengan lagu Kau Pergi Jua menghembuskan nafas yang terakhir pada pukul 11 malam semalam di Hospital Ampang disebabkan beberapa komplikasi. - KOSMO!