200 anggota Pengakap ikuti kursus semangat kenegaraan


SERAMAI 200 anggota pengakap yang mengikuti Kursus Penolong Jurulatih Kebangsaan 2014 turut dibawa melawat Dewan Undangan Negeri Johor di Bangunan Pentadbiran Negeri, Nusajaya, Johor baru-baru ini.


PUPUK SEMANGAT. Seramai 200 orang anggota Persekutuan Pengakap Malaysia menyertai Kursus Penolong Jurulatih Kebangsaan (CALT) 2014 di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Batu Pahat, Johor baru-baru ini.

Kursus selama dua hari itu bertujuan untuk memupuk semangat kenegaraan dalam kalangan anggota Pengakap.

Jurulatihnya, Muhammad Fazly Ahmad Fazhil berkata, antara intipati kursus tersebut adalah memperkenalkan jata-jata negara dan memupuk semangat kerjasama sesama anggota.

Sebelum mengakhiri kursus CALT, peserta turut diberi peluang melawat Dewan Undangan Negeri Johor di Bangunan Pentadbiran Negeri, Nusajaya, Johor.