Suntikan vaksin buat si comel

SUNTIKAN vaksin penting untuk mencegah si comel anda daripada terkena jangkitan penyakit. - Gambar hiasan


APAKAH langkah-langkah yang perlu dilakukan pada kucing yang masih kecil atau yang baru sahaja diambil sebagai teman di rumah?

Jawapannya ialah suntikan imunisasi. Suntikan imunisasi berperanan mengekalkan kesihatan kucing.

Salah satu fungsi paling penting imunisasi adalah untuk melindungi kucing daripada jangkitan virus, bakteria atau mana-mana mikrob dan parasit yang mengakibatkan penyakit berbahaya.

Suntikan vaksin dilakukan bagi menyediakan sistem ketahanan badan daripada pencerobohan organisma tertentu hingga menyebabkan penyakit.

Vaksin mengandungi antigen yang dasarnya dikenal pasti oleh sistem imunisasi seperti organisma dan mampu mencegah penyakit.

Apabila vaksin diperkenalkan menerusi kaedah suntikan atau beberapa cara lain, sistem ketahanan bertindak balas memberikan perlindungan.

Disebabkan itu, apabila kucing terdedah kepada organisma, sistem imunisasi akan menghalang jangkitan atau mengurangkan kadar serangan penyekit.

Meskipun tidak memberi perlindungan 100 peratus, sekurang-kurangnya suntikan tersebut akan mencegah jangkitan daripada berlaku walaupun berada di persekitaran penyebaran wabak.

Sementara itu, virus Rabies (penyakit berjangkit) pula sangat jarang berlaku tetapi ia jauh lebih berbahaya.

Virus ini bersifat universal. Dalam erti kata lain ia boleh menjangkiti semua benda hidup termasuk manusia.

Antara vaksin yang biasa digunakan di Malaysia adalah seperti berikut:

1Vaksin 4 dalam 1

Vaksin ini terdapat dalam dua jenis iaitu vaksin mati dan hidup.

* Vaksin mati: Mengandungi antigen yang sudah dibunuh dan sangat selamat digunakan walaupun kucing dalam keadaan agak lemah.

* Vaksin hidup: Mengandungi antigen yang aktif dan masih kuat serta mampu membiak, namun tidak menyebabkan jangkitan kecuali kucing lemah atau sedia ada jangkitan sebelum suntikan.


CARTA menunjukkan garis panduan mengenai suntikan vaksin bagi mencegah kucing daripada dijangkiti virus y mbawa maut.


Vaksin 4 dalam 1 melindungi kucing daripada empat serangan utama iaitu feline rhinotrachitis, feline panleukopenia, feline calicivirus dan bakteria chlamydia.

2Vaksin 5 dalam 1 Vaksin ini mengandungi partikel virus dalam virus atau bakteria yang lain.

Ia digunakan bagi menangkis serangan seperti feline rhinotrachitis, feline panleukopenia, feline calicivirus, bakteria chlamydia dan feline retrovirus.

3Rabisin Rabisin hanya perlu diberikan sekali sahaja bila usia kucing mencecah 14 hingga 16 minggu.

Pengulangan boleh dilakukan setiap tahun atau tiga tahun sekali.

4FeLVVaccineVaksin ini berfungsi menghasilkan ketahanan melawan feline leukemia sahaja.

5Vaksin feline infectious peritonitis (FIP)

Mempunyai fungsi sama seperti FeLVVaccine bagi melawan serangan feline coronavirus yang telah bermutasi (jangkitan peritonitis kucing).

Perlukah kucing saya disuntik dengan semua vaksin?

Kucing tidak perlu disuntik dengan semua vaksin.

Bagi kucing yang masih kurus walaupun diberi makanan mahal dan jenama terkenal, ia disebabkan kucing berkenaan tidak diberi ubat cacing.

Khasiat makanan yang sepatutnya menjadikan kucing itu sihat dan gemuk telah disedut oleh parasit-parasit yang ada pada kucing.

Parasit seperti kutu, hama, cacing dan sebagainya menumpang di luar dan dalam badan kucing. Sumber makanan parasit-parasit ini ialah darah yang disedut daripada haiwan belaan berkenaan.

Tanpa rutin nyah kutu dan nyah cacing yang betul, kucing mungkin dijangkiti penyakit berbahaya berpunca daripada parasit-parasit tersebut. Sebaik-baiknya, rujuklah veterinar yang bertauliah untuk khidmat nasihat dan mengetahui harga vaksinasi.