TNB didenda RM100,000 kerana hina mahkamah

22/05/2014 10:11pm

JOHOR BAHRU - Mahkamah Tinggi di sini menjatuhkan hukuman denda RM100,000 ke atas Tenaga National Bhd. (TNB) kerana menghina mahkamah.

Pesuruhjaya Kehakiman, M.Gunalan turut memberi amaran keras kepada juruukur yang diupah TNB, Ahmad Rustami Ramley yang juga didapati bersalah bagi kesalahan sama.

Gunalan membuat keputusan itu selepas mendengar hujah peguam Thomas Philip yang mewakili Pengarah Syarikat Lenang Development Zaharey Jusoh, peguam Steven Thiru, Gurmel Singh dan Gregory Das bagi pihak TNB manakala Ahmad Rustami diwakili peguam Gopal Sreenevasan dan Leong Phaik Leng.

Beliau turut mengarahkan TNB membayar denda itu dalam tempoh 14 hari.

Pada 10 April lepas, Gunalan memutuskan TNB serta Ahmad Rustami bersalah

kerana menyembunyikan bahan bukti semasa perbicaraan kes saman berhubung isu tanah setinggan yang di fail Bukit Lenang Development dan menetapkan hari ini untuk mendengar rayuan sebelum menjatuhkan hukuman. - Bernama