Bajet 2015 dibentang 10 Oktober


NAJIB (tengah) menyampaikan ucapan pada mesyuarat Majlis Perundingan Bajet 2015 di Kementerian Kewangan, Putrajaya semalam.


PUTRAJAYA - Bajet 2015 dijadual dibentangkan di Parlimen pada 10 Oktober depan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau memberitahu, Bajet 2015 penting memandangkan ia merupakan belanjawan akhir Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) yang menyediakan peruntukan untuk program dan projek berbaki dalam tempoh rancangan pembangunan terbabit.

Perdana Menteri berkata, bajet itu juga akan menentukan kelancaran RMK-11, sekali gus memastikan kejayaan rancangan transformasi kerajaan yang ingin menjadikan negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Sehubungan itu, Najib yang juga Menteri Kewangan menambah, kerajaan sentiasa mengamalkan sikap terbuka dalam menerima segala pandangan sebagai input melalui mesyuarat Majlis Perundingan Bajet 2015.

ôSetiap isu dan cadangan yang dikemukakan daripada setiap pelosok masyarakat termasuk pertubuhan industri dan badan bukan kerajaan akan diberi pertimbangan sewajarnya sebagai input penyediaan Bajet 2015 yang akan dibentangkan di Parlimen pada 10 Oktober ini.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.